BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 16 March 2011

Buat Bakal Suami Saya...

Hanya coretan semata-mata....

Saya tak tahu awk siapa..
saya tak tahu dimana awak…
saya juga tak tahu nama awak..
awak pernah jadi boyfriend saya ke?
saya tak mmpu nak jawab la awak..

Apa-apa pun,saya tahu,
awak mesti yang terbaik untuk saya…
Yang dah tertulis di Lauh Mahfuz...
yang ALLAH dah sediakan untuk saya selama ni…

Saya nak awk tahu..
saya akan setia pada awak wahai
bakal suami saya…
Awak..
saya tak minta majlis bersanding kita nanti yg grand2…
saya Cuma nak majlis akad nikah je yg meriah…
biar bagi makna yg paling berharga sekali,kan awak??

Papa saya kata kalau kahwin,
tak payah bersanding..
lebih baik duit untuk bersanding tu
kita gunakan untuk kenduri…
bagi kat tetamu makan….
dapat pahala..kan??

Awak…
saya tak nak hantaran untuk saya nnti smpai berpuluh2 ribu…
tapi,biarlah mas kahwin tu yang berpuluh2 ribu…
sbb,biarlah kita agungkan yang wajib tu…
kan awak..??

wahai awk,bakal suami saya…
Kalau awak tengah merokok sekarang,
awak kurang2 kan lah ye…
saya tak nak lah nanti awak sakit2…
batuk2..rosak jantung awak nanti…
awak pun tahu kan keburukan merokok??

Awak…
Kalau kita dah kawin nanti,
saya harap awak takkan lupa tanggungjawab awak
pada mak awak,tau!
Tanggungjawab anak lelaki terhadap ibunya itu smpai bila2…
Jadi,saya harap awak mampu jadi anak dan suami yang
paling bertanggungjawab…
awak mesti boleh kan??

Awak…
Kalau satu hari nanti
saya TERbangun lambat…
sampai TERlupa nak sediakan sarapan untuk awak…
awak janganlah marah2 saya…
awak kejutkanlah saya baik2…
mungkin saya letih sangat…

Wahai jejaka bakal suami saya…
kalau suatu hari nanti saya TERmasak tak sedap..
Awak janganlah buang makanan tu ye…
Awak tegur la baik2…
mungkin saya tak perasan yang saya dah letak
lebih garam…
Nanti saya masakkan yang lain…
tak pun,kita makan kat restoran jela..hehe

Awak…
kalau ALLAH bagi rezeki kat kita…
Saya mengandungkan anak awak..
Saya harap…..
bila saya nk melahirkan penyambung keturunan awak tu..
awak ikut la saya masuk wad bersalin…ye..?
teman saya bertarung dengan ajal…
sebab,awak pemberi semangat saya..
Kalau saya kalah,dan meninggal masa melahirkan anak awk…
ALHAMDULILLAH…Sekurang2nya,saya
dapat menatap muka awak buat kali terakhir….

Awak...wahai bakal suami saya….
kalau satu hari nanti bila awak balik kerja,
saya tak ada kat rumah…
Awak jangan marah2 saya taw!
mesti ada sebab saya keluar tu…
belikan susu anak ke…
belikan makanan untuk dinner kita ke…
Kalau awak nak marah pun…
marah lah cara yang mulia ye… (^_^)

Awak…
Saya tahu saya banyak kekurangan…
saya harap,sebelum awak melafazkan
“aku terima nikah….”
awak dah terima saya seadanya…
awak….saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak…

Tiap kali waktu solat,kita solat sama2…
Bila awak bangun pagi,sarapan dah tersedia untuk awak…
Sebelum awak pergi kerja,saya sediakan keperluan awak…
betulkan neck tie awak…
Salam dan cium tangan awak..
Bila awak balik kerja…
saya sambut awk kat pintu…

Saya sedar,mesti akan ada pertelingkahan…
saya harap time tu kita mampu kawal emosi masing2…
Saya harap ikatan pernikahan kita nnti berakhir
hanya dengan kematian…
terima saya seadanya ya awak….

kata hati bakal isteri awak… (^__^)
Bell sedar...tak semua yg kita harapkan...kita akan dapat... 
Tapi kalau dh dapat, hargai lah ia sepenuh hati... :)

0 comments: